Isnin, 13 Januari 2014

This Is My HomeTown : Limbang, Sarawak!!!

Aku bukanlah budak bandar yang hidup mewah, namun aku punya keluarga yang mampu memewahkan aku seperti orang lain. Aku sekadar budak kampung yang datang dari satu daerah yang kecil namun berjiwa besar!!! Aku Bangga menjadi anak jati Limbang... Kalo nak tau Limbang tu macamana, meh sini nak oyak sikit boh!! hehe ( kecek kelate sikit deh....)
Inilah my hometown!!! Tenang je, jauh daripada sifat keangkuhan bandar besar... walaupun kecil, namun bandar Limbang menjadi "besar" kerna dipenuhi dengan pelbagai bangsa dan masyarakat yang hidup aman damai.... huhu miss my Hometown...


Ini merupakan Simbolik atau Lambang bagi Daerah Limbang... Kerbau jantan yang gagah perkasa!!! Limbang memang terkenal dengan kerbau, kebanyakannya penduduk kampung di Limbang memelihara kerbau sebagai menjana sumber pendapatan. Penternak kerbau akan menjual kerbau mereka yang telah cukup umur untuk dijadikan sebagai daging korban atau untuk santapan bagi kenduri perkahwinan.

Salah satu kebanggaan penduduk Limbang adalah Hotel Purnama yang bertaraf 3 bintang. Bangunan 10 tingkat ini merupakan bangunan tertinggi di bandar Limbang. Ia merupakan pusat membeli belah dan juga tempat berhibur bagi anak-anak muda di sana.

Selain itu, makanan juga menjadi salah satu daya tarikan yang ada di Limbang, antaranya 

Laksa Sarawak, laksa ne berbeza ngan laksa yang ada di semenanjung. Apa yang membezakannya adalah, kuahnya ynag tidak menggunakan isi ikan, tapi menggunakan air rebusan udang. Dan yang specialnya adalah menggunakan sambal belacan sebagai penambah rasa... huhu (yummilicious!!!! ^.^)


yang ne pulak mee kolok, rasa sekali pasti nak lagi... mee kolok ne ada kat Sarawak je, dan sekitar Sabah.. Tapi yang kat Sarawak lebih asli ngan sedap dari tempat lain... hehehe 


Ini pulak, minuman yang fofular di Sarawak. Teh C special, atau pun Three Layer Tea. Minuman ne jadi plihan lah kalau kuar makan lepak2 ngan member kat bandar... Kat semenanjung ne ada gak restauran yang buat teh ne, tapi rasa mcm tak 'kick' bila minum....tapi kalo minum kat tempat sendiri, pppeerrrgggghhhhh!!!! terangkat bebs!! hahaha


Rasanya setakat tu je dulu coretan tinta saya... Saya dah 'membawa' Limbang My Sweet Hometown kepada anda.... Lain coretan lain kisah pulak.... keyh....Bye2!!!

*semoga kita mendapat Rahmat_Nya.... aminn ya rabb...



1 ulasan:

  1. Nak tanya kat mana saya boleh dapat laksa sarawak yang top quality di Limnbang? Tkasih

    BalasPadam