Selasa, 14 Januari 2014

Sinergiku!!! Keluarga kedua

Aku mempunyai keluarga kedua selepas keluarga yang sebenar dikampung. SINERGI merupakan kekuatan, semangat dan inspirasi diriku. Merekalah tempat ku mengadu kasih, mencari ketenangan dan mencurah duka. Keluarga ini terbina melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Bermula dengan Kem Kepimpinan Majlis Mahasiswa Kolej di Pulau Pangkor.

Deruan ombak Pangkorlah menjadi saksi ketabahan hati kami disitu, pasir putih Pangkorlah yang menjadi saksi kesatuan kami disitu. ia benar-benar memberi didikan hebat dan pengisian yang luhur untuk diri ini yang akan bergelar pemimpin.


Tragedi Pangkor tetap terpahat di ingatan....

Setelah tragedi itu berlalu, Sinergiku bangkit dan terus melangkah hingga menjadi satu keluarga yang saling menyokong antara satu sama yang lain. Walaupun masih belum ada lagi yang kenal antara satu sama namun kami ibarat adik-beradik yang saling mengenali. 


Inilah Ahli Keluarga Sinergiku!!!! Sayang Korang Semua.....
Setelah beberapa lama membina keluraga ini, adakalanya kami berbalah, adakalanya kami berduka namun semua itu hanya sementara, kerana kasih sayang antara kami menjadi pembebat bagi luka yang hampir berdarah. Kesemua ibarat adik beradik yang saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai ragam yang tersendiri!!! hahaha... Hal inilah yang membuat kami semakin akrab. Betullah kata Dato' Siti Nurhaliza dalam lagunya, Hidup ini perlu ada kepelbagaian, untuk menjadikannya Lebih Indah. Ragamkan Menghasilkan sesuatu yang Indah!!! hehehe...

Walau apapun yang terjadi, Sinergiku tetap di hati!!!  <3 <3 <3










Tiada ulasan:

Catat Ulasan