Selasa, 14 Januari 2014

Sinergiku Usah Rebah, Tetap Tabah!!!

13hb Januari merupakan tarikh perit buat Sinergiku. Pada hari tersebut berlaku sesuatu yang menyebabkan keluarga Sinergiku sedikit terpukul dek kerna suara lantang yang ku kira dirinya sepatutnya menjadi tulang belakang Sinergi bukan pagar yang merosak tanaman. Daripada Peristiwa ini aku sempat menghsilkan sebuah karya yang berbentuk sindirin buat "pagar" tersebut....


Ini adalah Nukilan sajak yang ku cipta bagi insan yang menjadi "HERO" kononnya buat rakan-rakannya.

Peristiwa menyebabkan banyak hati yang terluka hanya 3 patah perkataan sahaja yang dilontarkan namun bisanya ibarat dipatuk 3 ekor ular tedung berbisa!!!

"Bubarkan Saja MMK!!!" 

Semua Sinergiku terkedu, hati panas, namun hanya mampu tersenyum kerna itulah yang dididik agar menjadi seorang insan yang penyabar dan tabah atas apa sahaja perkara yang diperlakukan kepada Sinergi ini...
Malam ini menjadi malam yang sangat pilu dan sayu... Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga hari ini menjadi sesuatu hikmah yang mampu menguatkan semangat Sinergiku... dan mudahan hari yang mendatang akan menjadi sesuatu yang lebih indah.


Walau apapun yang berlaku, aku tahu Sinergiku memang Tabah!!! Kukuh!!! Utuh!!! dan takkan Rebah!!! Kami ada antara satu dengan yang lain. Satu rebah 34 orang lagi akan menjadi benteng dari rebah.....
Semoga Allah edha dengan apa yang kami lakukan. Hanya Azzawajalla yang mengetahui segala dilangit dan dibumi. 
Semoga Yang Esa akan tetap menyatukan hati-hati kami ini, dan mudahan hati-hati takkan berpaling pada_Nya... Aminn ya Rabb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan